PENGHARGAAN
Pihak
FGD ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Aki Saang, Mantan KK
Jukin Kurum Jawah, Aki Kumbang Jawah, Mentan KK Badul Tiki dan beberapa
individu yang membantu/terlibat secara langsung atau tidak lansung dalam menyempurnakan
matlamat pengumpulan maklumat dan seterunya penghasilan profil dan sejarah
tentang asl usul keturunan keluarga Dait. Kerjasama semua pihak amat FGD hargai
dan kami ucapkan jutaan terim kasih.
PENDAHULUAN
Tujuan kajian asal usul keturunan keluarga Dait adalah, untuk mengenal pasti
salasilah keturunan, juga keluarga Dait berasal daripada kampung Ta’asapu dan
berbangsa dusun Tompulung dan Turavid.
Ta’asapu adalah kawasan perkampungan awal bagi suku kaum asal Telupid. Juga merupakan
asal-usul perkampungan nenek moyang yang mereka warisi secara turun-temurun.
Sejarah telah membuktikan bahawa Kampung Ta’asapu merupakan salah satu
penempatan awal suku Turavid dan Tompulung di Daerah kecil Telupid ini.
Di dalam kajian ini juga menceritakan tentang kisah serta asal-usul Kampung
Ta’asapu di mana sudah terdapatnya bukti-bukti awal pendudukan generasi awal
dan yang diikuti oleh generasi yang seterusnya. Kandungan seterusnya
menceritakan tentang geografi Kampung Ta’asapu yang mana menunjukkan penduduk
Kampung Ta’asapu sangat arif tentang tanah yang menjadi tempat mereka
bergantung hidup.
CARTA
ORGANISASI FGD.
Carta
Organisasi FGD akan di bentuk pada masa terdekat kelak.
LATARBELAKANG
SEJARAH KEWUJUDAN ASAL-USUL SUKU KAUM ASAL KELUARAGA DAIT
Suku kaum asal Dait pada asalnya dikenali sebagai suku kaum Tompulung dan Turavid.
(Turavid terbahagi kepada dua iaitu Turavid
Tanda iaitu
yang asli dan Turavid
Tupo yang
dikatakan bukan asli.) Suku kaum ini dikatakan tinggal di sebuah kawasan
terpencil di dalam daerah Telupid. Ia terletak jauh dari seberang Sungai Labuk
yang dikenali sebagai Ta’asapu. Ia
merupakan kawasan penempatan asal suku kaum tersebut sebelum Kg.Wonod
wujud. Dikatakan penempatan Ta’asapu agak luas dengan penduduk yang agak
ramai dan tinggal secara berselerak. Perjalanan ke Ta’asapu dikatakan lebih
kurang 12 km dari tepi Sungai Labuk. Sehingga kini kewujudan masyarakat
ini di Ta’asapu masih menjadi misteri, bila dan bagaimana mereka berada di
kawasan tersebut tidak diketahui. Dokumentasi secara bertulis mengenai
kewujudan mereka adalah terhad kepada catatan lisan memandangkan kajian
mengenai kewujudan kaum ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak dari
sudut antropologi.
Penduduk Ta’asapu dikatakan diperintah oleh Kerajaan Sultan Sulu sebelum
kedatangan Inggeris. Apabila orang-orang Inggeris mengambil-alih pemerintahan,
penduduk Ta’asapu telah dipaksa berpindah ke tempat lain atas alasan kesukaran
perhubungan. Kawasan baru tersebut dikatakan memudahkan perhubungan dan
pentadbiran Inggeris di mana ia terletak di tebing Sungai Labuk atau dikenali
dalam bahasa tempatannya Sungai
Livagu. Penempatan baru itu dikenali sebagai Kg. Wonod (sangkarata)
kawasan sungai Labuk.
Sekarang berpinda ke kawasan darat (kawasan jalan raya) dan kebanyakan suku
kaum ini kini tinggal di Kampung Wonod (Batu 8), Kampung Tapa’ang (Batu 6), dan
Kampung Telupid (Batu 4) dan Kampung Gading di Pekan Telupid . Malah ada yang
telah berhijrah lebih jauh seperti di bandar dan daerah lain.
RUTIN
DAN BUDAYA
(a).
Kehidupan harian masyarakat Turavid dan Tompulung seperti suku kaum asal yang
lain adalah bersifat tradisional dan mudah. Rutin masyarakat lebih bersifat
memenuhi keperluan harian kehidupan mereka seperti melakukan aktiviti pertanian
tradisional, memburu, menangkap ikan dan mencari sumber atau bahan semulajadi
di dalam hutan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau sumber makanan.
Masyarakat ini seperti suku kaum asal yang lain sangat rapat dengan alam semulajadi
memandangkan hutan merupakan sumber mata pencarian semulajadi yang sangat
penting.
Aktiviti pertanian merupakan aktiviti yang sangat penting kerana ia menyediakan
sumber makanan yang berterusan. Sistem pertanian iaitu menanam padi huma
(bukit) atau dalam bahasa tempatannya Duma dijalankan secara berpindah-randah. Aktiviti
ini telah menyebabkan keluasan Ta’asapu semakin membesar. Jenis-jenis padi yang
biasa ditanam pada masa itu ialah bangkou,
lumusiu, tadong kowili, dudumpok, pu’ulutan, babas, turokin, tutumo dan banyak lagi. Selain padi, terdapat juga
sayur-sayuran yang ditanam seperti tuntu
mundok (pucuk
ubi kayu), sansam (bayam), tuntu
sangop (pucuk
timun), budui (tembikai kampung), batad (jenis timun), tavadak(labu
kundur), kalalang ( labu ), torudui (kacang panjang), radak (keladi), bajag (ubi manis), mundok (ubi kayu) dan sebagainya. Penanaman
buah-buahan tempatan juga menjadi sumber makanan yang penting. Dikatakan
terdapat banyak jenis buah-buahan yang ditanam oleh masyarakat Ta’asapu pada ketika
itu dan juga tumbuh secara semulajadi. Buah-buahan yang biasa dimakan seperti
buah durian (lampun, mara’ang,
dalit, sukang, ru’ujan, sogonggot dan
sebagainya), rambutan (rangalau, manggalin, tojip,
mongitom, kolukut, montomisan dan
sebagainya), langsat, tampui ( pugi,
babata, babata timbang, toborus), asam gelugor (liposu), popotung, soropit,
soronsob, pinang (tinggaton), tarap (timadang),
nangka (nangko), cempedak (pulutan), longan (mombu) dan
bermacam-macam lagi. Malah dipercayai masih terdapat pokok buah-buahan yang
masih wujud di Ta’asapu dan penempatan baru, Komansi sehingga kini.
Masyarakat Ta’asapu juga mahir dengan aktiviti memburu. Kawasan Ta’asapu
yang pada ketika itu masih dilitupi hutan tebal merupakan kawasan yang kaya
dengan sumber fauna yang menjadi sebahagian daripada pemakanan masyarakat
Ta’asapu. Penggunaaan senjata tradisional untuk memburu adalah seperti gatan, sopukdan valatik.
Memasang perangkap untuk memburu juga dilakukan seperti tavos, goub, tinombuvu (perangkap monyet), solik dan sungul (perangkap tupai), dungkiu, togopon dan lain-lain lagi. Haiwan-haiwan yang biasa
diburu adalah seperti bakas (babi hutan), payou (rusa), kalasiu (tembadau), palanuk (pelanduk), tandadang(kijang), vutun (landak), vongkutung (tenggiling), jenis-jenis
ular ( lopung, masalong,
bolinatong, tomumo, masak punti),
monyet, burung-burung ( bangkavod,
porogom, boulun, sungang, likap, kolongtikung, surukan,
gotubou dan
sebagainya)
Aktiviti menangkap ikan juga tidak kurang pentingnya memandangkan terdapat
banyak sungai dan anak-anak sungai di Ta’asapu selain sungai utama iaitu Sungai
Labuk. Sungai-sungai yang terdapat di Ta’asapu adalah seperti Marawali, Toliliou,
Tololobou, Ta’asapu Tagajo dan Ta’asapu Topoyok, Lopung, Diongkit,
Lalabok danBarasan. Dikatakan kebanyakan sungai-sungai
tersebut kaya dengan ikan-ikan yang menjadi sumber protein utama masyarakat
Ta’asapu. Ikan-ikan yang menjadi kegemaran adalah seperti berikut garap, makalou, sopong, tavi,
tavaan, lontong, rolou, balasayan, matulang, butol dan banyak lagi.
Hutan merupakan elemen penting di dalam kehidupan masyarakat asal Ta’asapu.
Mereka sangat menghargai hutan sebagai tempat yang banyak menyediakan sumber
yang sangat bernilai seperti rotan, makanan dan ubat-ubatan. Rotan merupakan
sumber semulajadi yang banyak memainkan peranan penting di dalam kehidupan
harian masyarakat ini. Kegunaan rotan untuk membina rumah, membuat bakul,
tikar, perangkap haiwan dan sebagainya adalah penting kerana ia merupakan sebahagian
elemen kemahiran yang wajib. Jenis-jenis rotan seperti saga, sumuliu, pudos,
kolinogi, koviton, dobur dan tomburijagang biasa terdapat di dalam hutan pada masa itu.
Selain rotan, sumber makanan yang terdapat di dalam hutan menjadi sebahagian
diet penduduk berkenaan di mana kebanyakannya berasaskan tumbuh-tumbuhan
seperti lomiding (jenis pakis), tivak polod, tivak botu,
koviton, tomboruva, doruk, dan
sebagainya. Begitu juga ubat-ubatan yang berasaskan tumbuhan banyak terdapat di
dalam hutan.
KEAGAMAAN
Masyarakat Ta’asapu pada awalnya tidak menganut sebarang agama
rasmi. Mereka lebih banyak bergantung kepada kepercayaan yang dikenali sebagai Pagan di mana pemujaan terhadap
elemen-elemen alam semulajadi seperti pokok besar, batu besar, bukit-bukau dan
gunung-ganang. Khidmat bomoh sebagai tempat memohon khidmat mengubati penyakit,
menghalau roh-roh jahat dan sebagainya sangat signifikan di dalam masyarakat
ini. Terdapat satu upacara yang biasa dilakukan oleh masyarakat ini pada masa
itu adalah upacara alum-rami iaitu pemujaan untuk menghiburkan roh-roh
sebagai tanda terima kasih ke atas hasil-hasil padi yang di tuai. Ia dilakukan
selepas sahaja musim menuai padi selesai atau dikenali sebagai kokotuan.
Tradisi pengkebumian pada masa itu agak terpencil keadaannya kerana sekiranya
berlaku kematian, hanya ahli-ahli keluarga terdekat sahaja yang akan
menjalankan pengkebumian. Jika anak dalam keluarga meninggal dunia, hanya ibu
bapa dan adik-beradik yang akan menanam mayat anak tersebut tanpa kehadiran
orang lain. Tidak terdapat kawasan perkuburan yang khusus pada masa itu di mana
setiap jenazah hanya akan dikebumikan di kawasan yang berdekatan dengan rumah
malah ada yang ditanam di bawah rumah. Bagaimanapun, jenazah akan di masukkan ke
dalam keranda sebelum dikubur. Tanda-tanda perkuburan dikatakan masih wujud di
Ta’asapu cuma kesannya agak sukar ditemui disebabkan dilitupi hutan dan
semak-samun yang tebal. Selepas berpindah ke Kg. Wonod, @ sangkarata kewujudan
tanah perkuburan yang khusus telah dilaksanakan yang dikenali sebagainapuahan
mengis dan perkuburan batu 6.
SISTEM
PENTADBIRAN
Sepanjang kewujudan masyarakat Ta’asapu, di mana sebelum Sabah merdeka di dalam
Malaysia, mereka dikatakan diperintah oleh Kerajaan Sultan Sulu dan seterusnya
oleh Kerajaan Inggeris. Tidak banyak catatan mengenai kehadiran kedua-dua
pemerintah ini memandangkan Ta’asapu terletak jauh di pedalaman yang
menyukarkan perhubungan di mana pusat pemerintahan utama waktu itu terletak
amat jauh. Pusat pemerintahan Sultan Sulu berada di Pulau Sulu dan Inggeris
pula di pesisir pantai di Sandakan pada ketika itu. Namun menurut sumber yang
diceritakan, wakil-wakil kedua-dua pemerintah pernah mengunjungi masyarakat
Ta’asapu bagi tujuan pemantauan atau mengutus arahan pihak atasan.
Pada am-nya, masyarakat Ta’asapu sendirinya mempunyai sistem pentadbiran yang
mudah dan ringkas. Masyarakat Ta’asapu diketuai oleh seorang pemimpin yang
dikenali sebagai “Orang Tua”. Nama-nama pemimpin yang sempat dicatatkan
secara lisan di Ta’asapu adalah seperti OT Mavid, dan OT Asag. Yang menariknya
ada beberapa pemimpin tersebut dikatakan berketurunan Iban. Mereka dikatakan
datang ke Ta’asapu selepas dibawa oleh pemerintah Inggeris untuk menjadi askar
yang bertugas dan berkhidmat di Sabah yang pada waktu itu dikenali sebagai British North Borneo
Chartered Company. Hanya selepas berpindah naik ke kawasan Kg. Wonod barulah
pemimpin kaum asal Ta’asapu yang pertama dilantik iaitu KK Matulang, KK Jukin
Kurum Jawah, KK Giswa Suraman dan KK Taikong Gawah. ( OT-Orang Tua /
KK-ketua Kampung). Peranan mereka adalah untuk memimpin dan membantu di dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang biasa wujud di kalangan penduduk kampung.
PENGHIJRAHAN
Penghijrahan masyarakat Ta’asapu jarang berlaku kerana pengetahuan mengenai
dunia luar sangat terhad dan jarang menerima kehadiran orang-orang asing. Hanya
kehadiran wakil-wakil pemerintah Sultan Sulu dan Inggeris sahaja yang pernah
datang melawat . Terdapat cerita mengenai kehadiran suku kaum lain yang datang
hanya untuk tujuan merampas dan mengganggu ketenteraman penduduk Ta’asapu. Suku
kaum yang dimaksudkan ialah suku kaum Dumpas yang datang dari kuala sungai Labuk yang
dikatakan suka merampas dan merosakkan hasil tanaman penduduk kampung. Terdapat
juga suku kaum lain yang hidup berjiran di sekitar Ta’asapu seperti Sukang,
Sogilitan, Kuruli, Sogo-sogo dan Pauh. Begitu
juga kehadiran kaum Iban dari Sarawak yang diperintah oleh Raja Brooke pada
masa itu. Kaum Iban dijadikan askar berkhidmat bagi pemerintah Inggeris.
Memandangkan sejarah yang tercatat menyatakan kedua-dua Sabah dan Sarawak pada
waktu itu merupakan jajahan pemerintahan orang-orang Inggeris maka tidak
hairanlah berlaku perhubungan politik yang akrab.
Selepas berpindah ke Komansi dan Sangkarata (Kg.Wonod), generasi baru mula
membuka pemikiran mereka apabila mendengar cerita-cerita tentang dunia luar.
Terdapat sebilangan penduduk mula berhijrah ke tempat jauh seperti Bantun dan Kalagan di daerah Beluran untuk bekerja mencari nafkah.
Oleh kerana jalanraya masih belum wujud, penduduk yang berhijrah akan
menggunakan perahu dan melalui jalan sungai utama iaitu Sungai Labuk.
Selepas lebih kurang 50 tahun kewujudan penempatan Sankarata, penduduk
berpindah lagi ke kawasan seberang sungai Labuk yang lebih tinggi yang kini
dikenali sebagai Kg.Wonod Telupid. Ini berlaku apabila Sabah mencapai
kemerdekaan melalui Malaysia, projek pembangunan mula giat dijalankan. Telupid
tidak terkecuali apabila satu kawasan telah diwujudkan sebagai stesyen
perhentian sebuah projek yang dikenali sebagai M.A.R.P (Malaysian-Australian
Road Project) untuk membina sebuah jalanraya utama bagi menghubungkan
Kota Kinabalu di Pantai Barat dan Sandakan di Pantai Timur. Kemudahan
pembangunan ini telah menarik minat penduduk Sangkarata (Kg.Wonod) dan Komansi
memandangkan ia memudahkan perhubungan dan menyediakan peluang pekerjaan.
Akibat perpindahan itu juga telah menyebabkan banyak Kampung di sepanjang
sungai Labuk ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, masyarakat Tompulung dan Turavid masih tetap melawat
penempatan asal di Ta’asapu. Walaupun berada di kawasan baru iaitu Kg. Wonod
(Telupid). Ada di antara mereka masih tetap menjejakkan kaki ke kampung-kampung
lama seperti Sangkarata, Ta’asapu dan Komansi untuk tujuan memburu,
menanam padi dan melawat tanah perkuburan khususnya perkuburan di Sangkarata
dan Bilai di
Komansi yang masih wujud sehingga kini.
PENDIDIKAN
Masyarakat Ta’asapu pada am-nya mengamalkan pendidikan secara tidak rasmi iaitu
belajar melalui pengalaman. Ia lebih bersifat kemahiran hidup di mana setiap
kemahiran akan diturunkan oleh ibubapa kepada anak-anak. Kemahiran seperti
memburu, menangkap ikan, memasak, bertani dan sebagainya.
Selepas berpindah ke Kg. Wonod, pendidikan bagi tujuan
mendidik masyarakat Kg. Wonod untuk mahir membaca, menulis dan mengira
masih belum wujud. Pendidikan yang dikatakan pernah dilakukan oleh pemerintahan
orang Inggeris ialah pendidikan agama Kristian di mana rahib-rahib wanita
dihantar ke kampung-kampung untuk tujuan memberi rawatan percuma kepada
masyarakat tersebut. Di mana sambil memberi rawatan, rahib-rahib akan memberi
didikan ilmu keagamaan berkaitan dengan agama Kristian dan dikatakan Anglicanmerupakan
denominasi pertama sampai kepada masyarakat di Kg.Wonod (Telupid). Nama Sister Nordam danSister Hobbey merupakan dua orang rahib Anglican
yang pernah berkhidmat di Telupid (Komansi) sebagai jururawat sukarela.
Kedua-dua wanita Inggeris ini serba-sedikit telah membuka minda orang-orang di
Dearah Telupid ini dan kedua-dua mereka ini masih menjadi sebutan di kalangan
masyarakat asal Telupid sehingga hari ini.
Selepas beberapa tahun apabila Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia, maka
telah diwujudkan sebuah sekolah kerajaan yang pertama yang dikenali sebagai
GPS- Government Primary School. Ia merupakan sekolah rendah kerajaan yang
pertama pernah dibina di Komansi sekitar selepas tahun Sabah diisytiharkan
merdeka melalui Malaysia. Ia bertujuan untuk mendidik anak-anak muda untuk
menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Keadaan sekolah pada waktu itu
dibina daripada kayu-kayu, atap-atap daun dan papan.
BAHASA
Bahasa yang digunakan oleh masyarakat asli Telupid hari ini dikenali sebagai
dusun labuk secara am-nya. Ada juga yang mengatakan asal nama bahasa suku kaum
Tompulung dan Turavid menurut kajian bebas dikategorikan sebagai Tombonuo. Jika
diteliti dengan baik, kebanyakan perbendaharan kata dan cara sebutan bahasa
mereka mempunyai banyak persamaan dengan bahasa etnik lain yang terdapat di
Sabah seperti Dusun yang umum digunakan oleh masyarakat Dusun dari Pantai Barat
Sabah dan Pedalaman Sabah seperti Tambunan dan Ranau. Begitu juga persamaan
dengan bahasa Rungus, bahasa Sungai dan bahasa Kadazan. Bagaimanapun
mungkin telah berlaku asimilasi bahasa yang tidak diketahui bila berlaku kerana
menurut orang-orang tua yang masih hidup, bahasa yang digunakan semasa di
Ta’asapu amat jauh beza dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat asal di
Telupid. Ia dikatakan lebih sukar difahami oleh generasi baru.
LAGENDA
DAN MITOS
Setiap
masyarakat aali mempunyai lagenda dan mitos yang unik dan tersendiri.
Masyarakat Ta’asapu mempunyai beberapa lagenda dan mitos yang telah diceritakan
secara lisan dan masih diperkatakan sehingga kini. Berikut adalah yang masih
popular dan signifikan.
(a).
Lagenda Aki
Lampau, Aki Korutik dan Aki Lunsiu antara yang sering diceritakan oleh
orang-orang tua. Mereka ini adalah tiga bersaudara yang berketurunan Tompulung.
Mereka ini dikatakan pahlawan atau dalam bahasa tempatannya dipanggil “Ba’ani”
bermaksud berani dan handal. Kehandalan tiga bersaudara ini dikatakan memiliki
kehandalan luar biasa dan sakti. Aki Lampau sebagai ketua dikatakan tidak
memerlukan sebarang senjata untuk memburu kerana mampu mengejar dan menangkap
haiwan buruan seperti babi hutan dengan tangkas dan pantas. Mereka juga
dikatakan boleh pergi ke satu tempat dengan sekelip mata dengan hanya melangkah
sekali sahaja. Memanjat pokok dengan hanya terbang seperti burung. Mereka juga
dikatakan pernah mengetuai satu peperangan dengan masyarakat Matupang di Daeah
Ranau pada masa dahulu yang berpunca daripada seorang gadis. Masyarakat Turavid
dan Tompulung di Telupid masih percaya bahawa kubur ketiga-tiga beradik ini
masih wujud di Ta’asapu sehingga kini.
(b).
“Botung Tagajo” atau bermaksud Danau Besar adalah cerita yang popular di
kalangan masyarakat tempatan Telupid. Mitos cerita ini mengenai sebuah Danau
Besar yang wujud di Ta’asapu sehingga kini yang penuh misteri. Ia sebuah danau
yang luasnya dianggarkan 5 ekar dianggap keramat dan berpenunggu. Terdapat
beberapa versi cerita yang menarik mengenai danau tersebut. Pertama, sebelum ia
wujud terdapat sebuah kampung yang dihuni oleh satu masyarakat asli di kawasan
tersebut. Namun pada satu malam, sebuah pesta telah diadakan dan kerana terlalu
asyik dan mabuk, penghuni kampung telah mempermainkan haiwan peliharaan dan
melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ini telah mengakibatkan tuhan mereka
sangat marah dan telah menenggelamkan kampung tersebut dan menjadikannya sebuah
danau. Menurut cerita orang-orang tua, pada masa-masa tertentu danau tersebut
akan bergoncang dan menggelegak di mana akan muncul barang-barang seperti
tempayan, pinggan-mangkuk dan sebagainya.
Versi lain mengenai danau ini ialah mengenai kisah seorang pemimpin handal pada
masa dahulu yang ingin membina sebuah laut di tengah-tengah Ta’asapu namun
setelah separuh jalan ia membatalkan niatnya dan pergi ke tempat lain untuk
meneruskan rancangannya. Danau yang wujud itulah peninggalan usaha yang tidak
selesai.
Terdapat dakwaan bahawa danau tersebut sukar ditemui
sekiranya seseorang bertujuan untuk mencarinya. Ia dikatakan dilitupi oleh
akar-akar pokok dan semak-samun yang tebal dipermukaan danau di mana takungan
airnya masih wujud di dasar. Ramai yang pernah menemui danau tersebut hanya
secara kebetulan atau tersesat ketika pergi memburu. Mereka yang pernah
menemuinya mendakwa pernah melihat pecahan pinggan-mangkuk dan tempayan yang
diperbuat daripada besi dan tanah liat. Lagi menarik ialah cerita bagaimana
seorang pemburu terlihat seekor babi hutan yang kebetulan berada di atas danau
tersebut. Pemburu lalu membujak haiwan tersebut dan sejurus rebah ke tanah babi
hutan tersebut serta-merta bertukar menjadi tajau.
(c).
Satu lagi mitos ialah mengenai cerita “vaig tosogit”. Ia
mengenai kisah sejenis wabak misteri yang melanda penduduk Ta’asapu. Ia
dikatakan perbuatan roh-roh jahat dari alam lain yang ingin menghapuskan
penduduk kampung dengan cara menyebarkan penyakit “vaig-tosogid”.
Mereka yang diserang penyakit ini akan mati secara tiba-tiba tanpa diketahui
punca kematian dan biasa menyerang ramai mangsa dalam satu masa.
TA’ASAPU
MASA KINI
Walaupun Ta’asapu telah lama ditinggalkan
dan terbiar namun ia telah menjadi legacy dan lagenda yang masih signifikan kepada
penduduk asal Telupid yang berasal daripada sana. Kewujudannya masih tetap
dipercayai oleh masyarakat asal Ta’asapu. Malah nama-nama sungai dan bukit
masih segar di dalam ingatan masyarakat Turavid dan Tompulung. Bukit-bukit yang
menjadi sebahagian ikon geografi Ta’asapu seperti Bukit Sumobul,Barasan,
Aki Lampau, Pinoruka dan Sobibindoi.
Bukit-bukit tersebut dikatakan mempunyai cerita masing-masing yang unik dan
mistik.
Kini, sebuah Syarikat yang mengusahakan pertanian komersial kelapa sawit
dipercayai telah menceroboh kawasan tersebut tanpa pengetahuan dan persetujuan
masyarakat asal Ta’asapu. Akibat pencerobohan itu juga telah membawa kesan
negatif ke atas tanah pusaka itu. Kerajaan tanpa usul periksa dan membawa
berbincang mengenai status pemilikan tanah tersebut secara tidak adil telah
menyerahkan hak pemilikan kepada syarikat tersebut iaitu Syarikat RibuBonus dan
Syarikat Twin Acres.
Tindakan itu juga telah menyebabkan kesan-kesan sejarah di Ta’asapu dan Komansi
telah dimusnahkan secara membabi buta seperti kemusnahan hutan yang menjadi
sumber ekonomi asli, bukit diratakan, kemusnahan sungai-sungai, kemusnahan
kuburan nenek moyang, penebangan pokok buah-buahan dan pengeringan “Botung
Tagajo” yang menjadi ikon kewujudan Ta’asapu. Bagaimanapun, terdapat
cerita-cerita daripada saksi yang menyatakan tentang kejadian-kejadian ganjil
yang berlaku semasa usaha mengeringkan danau tersebut. Kejadian-kejadian
seperti kematian dan diserang penyakit ganjil secara tiba-tiba ke atas
pekerja-pekerja Syarikat yang diarah mengeringkan danau tersebut.
ASAL
USUL NAMA KAMPUNG TA’ASAPU
Nama Kampung Ta’asapu diberi kerana kawasan Ta’asapu sering dilanda banjir.
Apabila musim tengkuju tiba di mana terdapat dua sungai utama yang akan naik
atau banjir semasa musim hujan dan membanjiri Kampung Ta’asapu. Kedua-dua
sungai tersebut dikenali sebagai sungai Ta’asapu Tagajoh (Sungai Ta’asapu
besar)
Dan
Sungai Ta’asapu Topoyok (Sungai Ta’asapu kecil).
Semasa banjir tersebut, banyak harta banda musna seperti rumah, tanaman
terutama sawa padi dan bayak lagi kemushanan akibat banjir tersebut. Dengan
itu, kawasan tersebut di namakan Ta’asapu akibat banjir sungai Ta’asapu
sehinggalah pada hari ini kawasan tersebut masih di panggil KAMPUNG TA’ASAPU.
SUMBER
CATATAN
Sumber cerita ini telah direkodkan daripada
beberapa orang yang masih hidup. Mereka ialah Aki Saang Taneud, kini berusia
70an (Kg.Telupid), mantan KK Jukin Kurum Jawah, kini berusia 60an (Kg.Wonod),
KK Badul, Tiki kini berusia 70an (Kg.Telupid), Encik Kumbang Jawah yang
berusia 70an (Kg.Gading) dan beberapa individu yang membantu/terlibat secara
langsung atau tidak lansung.
Menurut
mentan KK Badul Tiki, kini dan Kumbang Jawah. Mereka sempat dan
pernah bertemu dengan orang asal dari Ta’asapu yang bernama Yasag, Monduli, Doruk dan Lintun. Mereka
ini dikatakan generasi akhir Ta’asapu yang sempat tinggal di penempatan baru,
Komansi. Mereka adalah berketurunan suku Tompulung.